Event Management-Outdoors Activities

Pengenalan
Gunung Ledang yang sememangnya terkenal dengan kisah lagendanya terletak kira-kira 20km dari Pekan Sungai Mati. Para pengunjung yang menginginkan suasana alam flora dan fauna serta ingin meluangkan masa
dengan aktiviti yang mencabar, Gunung Ledang adalah salah satu tempatnya. Para pengunjung boleh menaiki pengangkutan awam ataupun menaiki kereta sendiri ke Gunung Ledang.

PERTAM TEAMCOAT MANAGEMENT SERVICES SDN BHD akan menganjurkan 1 program sekitar bulan 7 hingga bulan 9 di Gunung Ledang (Sagil), Johor. Aktiviti ini terbuka kepada golongan orang dewasa terutamanya "corporate people" dan dijalankan selama 4 hari 3 malam. Antara aktiviti- aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti:
 

Paintball
Sukan ekstrem paintball di Gunung Ledang!! Dengan kadar bayaran
yang murah, anda boleh bermain dan beraksi dalam sukan lasak ini.



Rentas Halangan
Terdiri daripada 12 jenis halangan mencabar yang setiap satunya mempunyai fungsi, keseronokan serta kepuasan tersendiri. 

Senarai aktiviti:
 1.   Halangan tembok
 2.   One step ladder
 3.   Straight walk
 4.   Spider net
 5.   Side walk
 6.   Titian balak
 7.   Gelung Tayar
 8.   Balancing "v"
 9.   Commando crawl
10.  Commando crop

 Kolam mandi & Laluan hutan
1.Kolam mandi
Aktiviti air seperti polo air boleh dilakukan terutamanya pada   waktu petang. Alami keseronokan dan kedinginan sumber air semulajadi di kolam mandi.
2.Laluan hutan
Terdapat 3 trek laluan hutan. Peserta boleh menikmati kehijauan dan keindahan flora dan fauna serta kesegaran udara hutan.


Aktiviti sukan air
Selain aktiviti di darat, peserta boleh juga melakukan aktiviti di atas air seperti berakit, pelampung dan lain-lain lagi. Harungi cabaran yangmenguji ketahanan fizikal ini


 


Flying fox dan jambatan gantung
 1. Flying fox
Rasai kedinginan angin yang menyentuh muka dan keseronokan meluncur di udara. 

2. Jambatan gantung
Kawalan dan imbangan badan diperlukan ketika merentasi jambatan ini.


Rock climbing & abseiling/rapelling
1. Rock Climbing
Rock climbing adalah aktiviti yang mencabar kekuatan fizikal dan mental. Alami kehebatan cabaran mendaki dinding yang tinggi dengan hanya bergantung kepada kekuatan tangan dan kaki.

 2. Abseiling & repelling
pengalaman merasai bagaimana pendaki menuruni bukit yang tinggi. Teknik penggunaan tali amat penting ketika menjalankan aktiviti ini.